Abstract
Kertas ini membincangkan kaedah untuk mengurangkan kesan interaksi gelombang elektromagnet dengan kepala manusia menggunakan bahan ferit dan metabahan. Pengukuran pengurangan bagi Kadar Penyerapan Spesifik (SAR) menggunakan bahan ferit dan metabahan telah dilaksana dengan kaedah domain-masa perbezaan-terhingga (FDTD) model Lossy-Drude melalui perisian CST Microwave Studio. Metabahan dibentuk dengan menyusun penyalun cincin terpisah (SRRs) secara berkala. Nilai SAR diukur pada beberapa nilai jarak antara model kepala dengan telefon, kelebaran, ketebalan dan ketinggian bahan ferit dan metabahan. Hasil kajian menunjukkan bahawa nilai SAR1g telah berkurang kepada 1.043 W/kg dengan menggunakan bahan ferit dan 1.161 W/kg dengan menggunakan metabahan. Bagi SAR10g, nilai SAR menurun kepada 0.676 W/kg menggunakan bahan ferit dan 0.737 W/kg dengan menggunakan metabahan. Keputusan bagi nilai SAR dalam kepala manusia dengan kehadiran SRR yang membentuk metabahan telah dianalisis untuk menentusahkan kesan bagi pengurangan SAR ini. Keputusan analisis ini boleh memberikan maklumat yang dapat membantu dalam reka bentuk peralatan komunikasi tanpa wayar bagi mematuhi peraturan keselamatan. Copyright Reserved
Original language | Undefined/Unknown |
---|---|
Pages (from-to) | 779-785 |
Number of pages | 7 |
Journal | Sains Malaysiana |
Volume | 41 |
Issue number | 6 |
Publication status | Published - Jun 2012 |
Fingerprint
Keywords
- Antena
- Bahan ferit
- Kadar Penyerapan Spesifik (SAR)
- Kaedah FDTD
- Metabahan
ASJC Scopus subject areas
- General
Cite this
Analisis pengurangan kadar penyerapan spesifik dalam kepala manusia menggunakan bahan ferit dan metabahan. / Misran, Norbahiah; Islam, Mohammad Tariqul; Faruque, Mohammad Rashed Iqbal; Hanafi, Nurul Hafizah Mohd; Ansarudin, Farizah; Ibrahim, Mohd Faisal.
In: Sains Malaysiana, Vol. 41, No. 6, 06.2012, p. 779-785.Research output: Contribution to journal › Article
}
TY - JOUR
T1 - Analisis pengurangan kadar penyerapan spesifik dalam kepala manusia menggunakan bahan ferit dan metabahan
AU - Misran, Norbahiah
AU - Islam, Mohammad Tariqul
AU - Faruque, Mohammad Rashed Iqbal
AU - Hanafi, Nurul Hafizah Mohd
AU - Ansarudin, Farizah
AU - Ibrahim, Mohd Faisal
PY - 2012/6
Y1 - 2012/6
N2 - Kertas ini membincangkan kaedah untuk mengurangkan kesan interaksi gelombang elektromagnet dengan kepala manusia menggunakan bahan ferit dan metabahan. Pengukuran pengurangan bagi Kadar Penyerapan Spesifik (SAR) menggunakan bahan ferit dan metabahan telah dilaksana dengan kaedah domain-masa perbezaan-terhingga (FDTD) model Lossy-Drude melalui perisian CST Microwave Studio. Metabahan dibentuk dengan menyusun penyalun cincin terpisah (SRRs) secara berkala. Nilai SAR diukur pada beberapa nilai jarak antara model kepala dengan telefon, kelebaran, ketebalan dan ketinggian bahan ferit dan metabahan. Hasil kajian menunjukkan bahawa nilai SAR1g telah berkurang kepada 1.043 W/kg dengan menggunakan bahan ferit dan 1.161 W/kg dengan menggunakan metabahan. Bagi SAR10g, nilai SAR menurun kepada 0.676 W/kg menggunakan bahan ferit dan 0.737 W/kg dengan menggunakan metabahan. Keputusan bagi nilai SAR dalam kepala manusia dengan kehadiran SRR yang membentuk metabahan telah dianalisis untuk menentusahkan kesan bagi pengurangan SAR ini. Keputusan analisis ini boleh memberikan maklumat yang dapat membantu dalam reka bentuk peralatan komunikasi tanpa wayar bagi mematuhi peraturan keselamatan. Copyright Reserved
AB - Kertas ini membincangkan kaedah untuk mengurangkan kesan interaksi gelombang elektromagnet dengan kepala manusia menggunakan bahan ferit dan metabahan. Pengukuran pengurangan bagi Kadar Penyerapan Spesifik (SAR) menggunakan bahan ferit dan metabahan telah dilaksana dengan kaedah domain-masa perbezaan-terhingga (FDTD) model Lossy-Drude melalui perisian CST Microwave Studio. Metabahan dibentuk dengan menyusun penyalun cincin terpisah (SRRs) secara berkala. Nilai SAR diukur pada beberapa nilai jarak antara model kepala dengan telefon, kelebaran, ketebalan dan ketinggian bahan ferit dan metabahan. Hasil kajian menunjukkan bahawa nilai SAR1g telah berkurang kepada 1.043 W/kg dengan menggunakan bahan ferit dan 1.161 W/kg dengan menggunakan metabahan. Bagi SAR10g, nilai SAR menurun kepada 0.676 W/kg menggunakan bahan ferit dan 0.737 W/kg dengan menggunakan metabahan. Keputusan bagi nilai SAR dalam kepala manusia dengan kehadiran SRR yang membentuk metabahan telah dianalisis untuk menentusahkan kesan bagi pengurangan SAR ini. Keputusan analisis ini boleh memberikan maklumat yang dapat membantu dalam reka bentuk peralatan komunikasi tanpa wayar bagi mematuhi peraturan keselamatan. Copyright Reserved
KW - Antena
KW - Bahan ferit
KW - Kadar Penyerapan Spesifik (SAR)
KW - Kaedah FDTD
KW - Metabahan
UR - http://www.scopus.com/inward/record.url?scp=84862743317&partnerID=8YFLogxK
UR - http://www.scopus.com/inward/citedby.url?scp=84862743317&partnerID=8YFLogxK
M3 - Article
AN - SCOPUS:84862743317
VL - 41
SP - 779
EP - 785
JO - Sains Malaysiana
JF - Sains Malaysiana
SN - 0126-6039
IS - 6
ER -